Tuesday, June 29, 2010

Resepi citarasa 1 MaIaysia


Haha. Macam dah nak raya plak bila buat entri pasal kuih raya nie. Padahal bulan ramadhan pown belum jumpe lagi tapi dah buat entri pasal kuih raya. Ish3. Tapi kenapa entri kali ini pasal kuih raya yer? Kita nie dah nak berhari raya ke?

Haaa…nak taw kenape? Sebabnya ialah nak bagitaw pembaca a yang kuih-kuih raya yang bakal anda nikmati pada hari raya kelak sudah mula diproses. Wah. Hari Raya lama lagi tapi persediaan sudah dimulakan dari awal lagi. Betol-betol semangat Hari Raya nie. Haha. Tapi bukan itu sebenarnya tujuan kuih raya dibuat seawal begini. Bukan kerana semangat berhari raya atau apa-apa pown tetapi kerana merebut peluang perniagaan sewaktu menghampiri Hari Raya nanti.

Bayangkan la betapa untungnya orang yang memasarkan dan menjual kuih raya. Kalau ikut pemikiran yang logik sekali pown, orang ramai pasti akan membuat tempahan bagi memenuhkan balang-balang untuk juadah berhari raya nanti. Memang benda itu yang dicari-cari selain dari baju raya, tempahan lagi dan macam-macam.

Kalau dulu, masa zaman muda-muda la dulu, semua kuih nak buat sendiri. Malam-malam terakhir Ramadhan tue, sibuk la kaum ibu dan juga anak-anaknya membantu untuk membuat kuih raya. Dengan gelak tawa sambil memasang lagu raya. Pergh memang dapat dirasakan suasana Hari Raya. Ditambah pula dengan bunyi meriam dan mercun yang tak sudah-sudah. Dan kalau tengok kat luar, dengan lampu pelitanya sepanjang jalan. Haha. Tiba-tiba dalam mood raya plak.

Balik semula cerita pasal kuih raya. Haha. Bila kuih raya sudah mula dipasarkan, ramai la orang yang akan beli. Dan bile ramai orang dah ramai beli, maknanya kurang la kuih yang dibuat sendiri. Bila kurangnya kuih yang dibuat sendiri, suasana Hari Raya tue pown semakin kurang. Ini sekadar pendapat saya sendiri. Amat berbeza kalau kita tidak membuat kuih raya sendiri di rumah. Kalau dulu, sampai tak cukup bekas nak letak segala kuih muih yang ada. Haha. Tapi tue cerita lama, sekarang semua orang dah semakin sibuk. Nak2 plak Hari Raya jatuh pada hari persekolahan. Faham-faham jer la bila masa sekolah macam-mana. Sibuk dengan anak lagi, yang bekerja, sibuk dengan kerja lagi dan memang takkan habis la kerja tue. Nak dapat cuti lagi la susah ye dak?

Zaman kecil-kecil dulu tak pe la. Hari Raya memang betol beraya. Nak plak hari cuti sekolah. Memang jalan memanjang la. Kalau sebulan tue, memang nak abeskan masa sebulan berjalan-jalan sampai tak ingat dunia. Maklumla, cuti sekolah. Tapi bila dah masuk Universiti nie, lain dah rasa. Nak jumpe kawan-kawan lame pown tak dapat. Cuti semua kejap-kejap jer. Ada yang ada exam, ada yang kene buat assignment. Haih. Macam-macam la. Hahaha.

Adoi. Dah jauh sangat melalut nie. Balik semula bercerita pasal kuih raya. Bila kite pergi beraya, apa soklan yang korunk tanya? Heee. “Mak cik, nie kuih mana yang buat sendiri nie mak cik?,”. Konpem ar soklan tue memang terkeluar dari mulut kita. Mak cik tue pown amik la kuih-kuih yang dibuat sendiri tue. Kami pown makan lalu memuji-muji kuih dari air tangan tuan rumah tue. Tersenyum-senyum mak cik tue bila puji kuih dia. Lagi plak kalau mak cik tue cakap anak dara dia yang buat. Kita plak yang tersenyum-senyum. Haha. Tapi sekarang dah lain dah. Kalau tanya soklan camtu. “Semua kuih ‘tunjuk’ jer. Mak cik tak sempat nak buat la,”. Terbalik sudah. Haha. Tapi itu la kenyataannya.

Tapi apa-apa pun, apa-apa yang ada depan mata, aku makan jer. Rezeki la katakan. Free plak. Haha. Gambar diatas ialah antara sampel kuih yang kawan kepada mama saya bagi. Suruh promote katanya. Nampak sedap tak? Saya dah rasa, anda pula bagaimana? Hahaha. Sampai sini dahulu. Salam~

Kat sini aku sertakan beberapa resepi biskut raya kegemaran keluargaku... seIamat mencuba....

No comments:

Post a Comment